salam ukhuwah fillah

Thursday, January 04, 2007

PENAWARNYA ADALAH AL-QURAN..SUBHANALLAH..

KENAPA KITA DI UJI???

Allah kata dalam surah ankabut (ayat2-3)
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji??dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,...."

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN??

Allah kata dlm surah al-Baqarah (ayat 216)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui.."

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN NIE??

Allah kata dalam surah Al-Baqarah(ayat 286)
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

RASA TENSION ??LEMAH ?? FRUST??

Allah kata dalam surah Al-Imran (ayat 139)
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman"

APA YANG AKU DPT DARI SEMUA NIE...??

Allah kata dalam surah taubat(ayat 111)
"sesungguhnya Allah telah membeli dari org mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga kpd mereka"


ARGHH...AKU DAH BOSAN!!!AKU TAK TAHAN!!

Allah kata dalam surah Yusuf (ayat 12)
".....dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"

sahabat yang dirahmati Allah...kita sering lupa, apa jua yang kita rasa..sedih, putus asa dan apa saja, Al-QURAN lah yang menjadi penawarnya, panduan untuk kita walau dimana pun kita berada..maaf kalau ade yg tersalah yer...

1 Comments:

Blogger Mohd Zaki M.Noor said...

Syarat-syarat Pertandingan Membina Blog 2007 Anjuran BKPJM.

1. Anda mestilah seorang ahli BKPJM yang sedang berada di Mesir.

2. Anda mestilah mendaftarkan diri ke http://bkpjm.itopsites.com dan

menampalkan kod HTML-nya di blog masing-masing ( supaya logo pertandingan

kelihatan )

3. Logo mestilah dipaparkan di bahagian atas sidebar atau

bahagian-bahagian yang mudah dilihat.

4. Pertandingan berlangsung sepanjang tempoh bermula dari 1 Mac 2007 ( 2

petang ) hingga 31 Mac 2007 ( 2 petang )
, dan pemarkahan akan diambil

sepanjang tempoh sebulan itu. Tiada markah diambil sebelum dan selepas tempoh

itu.

5. Pemarkahan dibuat berdasarkan konsep penambahan dan penolakan

markah
sebagaimana perincian berikut :

a) Aspek-Aspek Penambahan Markah :

- Membuat apa juga posting/entri
- Membuat posting/entri bahasa Arab dengan tulisan Arab.
- Membuat Posting bahasa Inggeris
- Melakukan sebarang perubahan kepada template dan perubahan itu berjaya.
- Menambah sesuatu kod HTML atau item pada blog, yang asalnya item itu tiada

dalam template asal. Setiap satu jenis konsep layak menerima satu kadar

markah tertentu.

b) Aspek-Aspek Penolakan Markah :

- Blog tidak update kerana tidak membuat posting/entri.
- Membuat posting ciplak, berasaskan copy/paste, hasil penulisan orang lain.
- Tidak membuat perenggan langsung dalam entri/posting menjadikannya satu

perenggan panjang berjela.
- Posting terlalu panjang dan membosankan serta meleret-leret.
- Tatabahasa terlalu teruk dan set taip terlalu teruk.
- Posting terlalu pendek ( kurang 10 perkataan )
- Melakukan perubahan pada template tetapi perubahan itu gagal.
- Melakukan penambahan item atau kod HTML, tetapi ia gagal berfungsi.
- Penambahan item atau apa-apa konsep yang serabut dan kucar kacir secara

keterlaluan sehingga kelihatan terlalu serabut.

6. Pemarkahan berkenaan template akan dibuat secara mingguan manakala

pemarkahan berkenaan entri dibuat secara harian.

7. Lima Blogger yang menduduki ranking teratas dalam carta topblog

bkpjm
akan mandapat markah bonus. ( dinilai pada setiap hari jam 3 petang

)

8. Keputusan hakim adalah muktamad.

Yang benar, Mohd Zaki.

Sebagaimana yang kelihatan, markah paling besar berada pada posting dan

entri, bukan pada design template. Namun kedua-duanya mempunyai

6:29 PM  

Post a Comment

<< Home